Thursday, April 10, 2008

Bai'at Ridhwan

Sejarah mengenai bai'at Ridhwan bermula apabila Utsman yang di hantar oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebagai wakil kaum Muslimin ke Mekah untuk meninjau keadaan di sana bagi membolehkan kaum Muslimin masuk ke Mekah tanpa sebarang persengketaan antara kaum Quraisy. Hal ini bermula dengan kerisauan Kaum Muslimin terhadap Utsman ynag mana pemergiannya mengambil masa yang terlalu lama.
Lantaran dari ini,muncul desasa-desus bahawa Utsman telah dibunuh. Mandengar sahaja akan khabar ini, kaum Muslimin terasa terbakar (tercabar) dan ingin membalas dendam. Namun, demi untuk menguatkan tekad mereka, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Saya tidak akan meninggalkan tempat ini sampai saya menyelesaikan masalah ini. "Pada tahap ini, ketika bahaya menghampiri dan kaum Muslimin tidak dipersenjatai, Nabi Muhammad S.A.W memutuskan untuk memperbaharui bai'at dari kaum Muslimin. Baginda lalu duduk di bawah pohon Ridhwan. Semua sahabat menjabat tangan Baginda sebagai tanda setia dan bersumpah bahawa mereka akan membela agama Islam yang suci sampai titik darah penghabisan.
Inilah Bai'at Ridhwan (perjanjian Ridhwan), yang di sebut di dalam Al-Quran bermaksud sebagaimana berikut: "Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan membri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya). " (Surah al-Fath: 18) Setelah membai'at, tugas kaum Muslimin menjadi jelas; kaum Quraisy harus mengizinkan mereka ke Mekah untuk meziarahi Kaabah. Kalau perlu, mereka akan melawan sikap degil kaum Quraisy dengan taruhan nyawa. Sedang Baginda memikirkan hal ini, tiba-tiba Utsman muncul. Kemunculan Utsman merupakan tanda awal perdamaian yang sangat didambakan Baginda. Utsman berkata, "Kesulitan pihak Quraisy sendiri adalah kerana mereka telah membuat sumpah. Wakil Quraisy akan membicarakan dengan tuan tentang penyelesaian kesulitan ini."
Berakhir bai'at ini dengan perdamaian dari kaum Quraisy sendiri dan kaum Muslimin di benarkan masuk ke Mekah tanpa sebarang persengketaan mahupun pertumpahan darah.

13 comments:

Aishah said...

sy rasa, masih ada kekurangan pada blog saya..
Di harap, semua pembaca dapat memberi sebarang komen agar saya dapat memperbaiki apa jua kelemahan saya..

tq.

Aishah said...

tolonglah komen banyak-banyak ye..
ni blog yang ketiga saya buat..
kedua-dua yang sebelum ini, tak menjadi..
saya pun tak tahu mana silapnya..
tolong komen dan sila beri tunjuk ajar..

tq.

Anonymous said...

bagi saya, blog awk kurang memuaskan... sekiranya awak dapat panjangkan lagi cerita mengenai tajuk yang di beri..
mesti pembaca dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenainya..
Insyaallah..

Nur

Anonymous said...

Alhamdulillah..
pada pendapat saya, blog awak dah cantik dah.. tapi, kalau boleh..
masukkan lah gambar awak sekali.
mudah ustaz nak cam... he2..

sarah

Anonymous said...

amat memuaskan..
comel sangat..
ni, nak tanya.. awak ambil kat mana cerita tentang tajuk awak ni?

lin

hUsNa & FaZiLaH said...

slm...
bgus cter yg mantop...
truskn mnulis..kbykn remaja skrg xbrapa tau psl zmn2 rasul dhulu..jd bgusla truskn menulis blog nii...
k akhir kalam gd luc..
wslm...

azna said...

assalamualaikum

mantap!!!,penulisan yg mantap.kisah-kisah pada zaman rasulullah ini wajar di sebarkan kepada org ramai,bia mereka terdedah kepada perkara2 yg membina,
ape2 pom selamt berjaya untuk hang!!
truskan penulisan yg bbagus ini!!1

ukhaidik!!!! from azna(yanna comel)

sarahyati said...

salam.....good job....memang menarik n mungkin dapt menarik para pembaca dgn ini secara tidak langsung dakwah kamu berkesan.
tq, saya ucapkan di atas usaha kamu dlm mencerita kisah ini, ada pembaca yg th kisah ini dan ada jugak yang xth, dgn membaca blog ini mereka akan memgetahuinya. teruskan usaha anda....nanti komen kt sy jgk tau....

Aishah said...

salam,
tq atas komen anda semua.
mm..nak panjangnkan cerita? Insyaallah, bila dapat sumber baru, saya akan masukkan lagi.
pasal sumber pula, saya dapatkan dari pelbagai sumber.. tapi, hanya buku lah.. nanti saya bagi tajuknya. Insyaalllah.
akhir sekali, sama-samalah kita berdakwah..
chayo' chayo'

north & south said...

WE ARE THE GREATEST GENERATION

ASLKM...
suatu kisah yg mnarik..
mngajar kita tntng erti kash syng ssama islam...
akn ttpi trdapt sdkt prcnggahan..
dimana, kisah ini dinamakn sebagai perjanjian ridwan, bknla sebb mereka membuat perjanjian di bawh pohon yg brnama ridwan, akn tetapi dinamakan sbegitu kerana, ALLAH telahpn meredai mereka yg mngikuti perjanjian ini..sepertimana yg trdapt didlm surh al-fath ayt 18 yg tlhpn saudari kemukan..
uthman r.a bknla kembali menemui rasulullah s.aw secara tiba2..
akan tetapi, setelah quraisy mendgr berita, bahawa rasulullah s.a.w hndak datng ke mekkah untk mmbls dendm diatas kematian uthman r.a, mereka berasa gementar dgn kekuatn islam, lalu melepaskn uthman r.a yg dithn sbnrnya..
dan ketika itula termaktubnya sulhul hudaibiyyah yg dihntar oleh utusan quraisy sbgai tnda perdamaian antara quraisy dn muslimin..
akhr kalam..
Le Dio Natake' DiLa siRoIE..
mksdnya..

slmt maju jaya...
keep it up..
don't give up before done it..
and good luck for ur final exam,

maafkan segala salh n silp kami, sbgai mnusia yg tdk trlpas dr mlakukn ksilpn..

aslkm..

north & south said...

bgus2....tp bakground bg cntik ckt....bru bertambah serinya...bkn apa buku2 skrg n pn nk tarik pelanggan utk baca diorg akn hias bg nmpk menarik...apapun mantop...ini kisah manyak baguss...

sarahyati said...

cayokkkk......jgn berhenti kt sini jea tau....teruskan lagi...semoga maju jaya....ingat lah ustz bagi tugas ini byk faedahnya tau...

Aishah said...

salam,
terima kasih atas sokongan
anda semua..

mengenai persoalan yang ditanya..
insyaallah, saya akan usahakan jawapannya.. tapi,saya tak janjilah bila.. he2..
thanks a lot..

gracias...