Thursday, April 10, 2008

Apa pendapat anda??

Bacalah!!
Kemudian, sila berikan komen anda mengenai blog ini..

  • Amat Bagus
  • Sederhana bagus
  • Kurang memuaskan

Juga respon anda mengenai jalan cerita
yang telah saya sampaikan..
terima kasih atas kerjasama yang diberikan...
komen banyak-banyak ek...

Antara isi perjanjian damai ini adalah:

  1. Orang-orang Islam pulang pada tahun ini, mereka tidak akan memasuki Mekah dan mereka berhak datang menunaikan umrah pada tahun hadapan. Apabila mereka datang pada tahun hadapan, orang Quraish tidak akan menghalang mereka dalam bentuk sekalipun dengan syarat apabila memasuki Mekah, mesti dengan pedang yang bersarung dan dalam keadaan tenang. Tidak membentak perasaan orang-orang Mekah. Mereka hanya dibenarkan berada di Mekah selama tiga hari sahaja. Selepas itu, mereka mesti meningggalkan Mekah.
  2. Tidak berlaku peperangan antara Orang Islam dan Kafir Quraisy dalam tempoh sepuluh tahun sehinggga semua orang berasa aman. Tidak ada peperangan, tidak ada serangan ke atas suku Quraisy dan berlaku keamanan penuh selama sepuluh tahun.
  3. Muhammad mesti memulangkan semula orang yang lari dari Mekah ke Madinah dan sesiapa yang murtad dan lari ke Mekah dari Madinah tidak akan dipulangkan ke Madinah.
  4. Suku-suku arab yang lain berhak menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy.
  5. Mana-mana pihak tidak boleh membantu pihak lain yang berperang.

Bai'at Ridhwan

Sejarah mengenai bai'at Ridhwan bermula apabila Utsman yang di hantar oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebagai wakil kaum Muslimin ke Mekah untuk meninjau keadaan di sana bagi membolehkan kaum Muslimin masuk ke Mekah tanpa sebarang persengketaan antara kaum Quraisy. Hal ini bermula dengan kerisauan Kaum Muslimin terhadap Utsman ynag mana pemergiannya mengambil masa yang terlalu lama.
Lantaran dari ini,muncul desasa-desus bahawa Utsman telah dibunuh. Mandengar sahaja akan khabar ini, kaum Muslimin terasa terbakar (tercabar) dan ingin membalas dendam. Namun, demi untuk menguatkan tekad mereka, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Saya tidak akan meninggalkan tempat ini sampai saya menyelesaikan masalah ini. "Pada tahap ini, ketika bahaya menghampiri dan kaum Muslimin tidak dipersenjatai, Nabi Muhammad S.A.W memutuskan untuk memperbaharui bai'at dari kaum Muslimin. Baginda lalu duduk di bawah pohon Ridhwan. Semua sahabat menjabat tangan Baginda sebagai tanda setia dan bersumpah bahawa mereka akan membela agama Islam yang suci sampai titik darah penghabisan.
Inilah Bai'at Ridhwan (perjanjian Ridhwan), yang di sebut di dalam Al-Quran bermaksud sebagaimana berikut: "Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan membri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya). " (Surah al-Fath: 18) Setelah membai'at, tugas kaum Muslimin menjadi jelas; kaum Quraisy harus mengizinkan mereka ke Mekah untuk meziarahi Kaabah. Kalau perlu, mereka akan melawan sikap degil kaum Quraisy dengan taruhan nyawa. Sedang Baginda memikirkan hal ini, tiba-tiba Utsman muncul. Kemunculan Utsman merupakan tanda awal perdamaian yang sangat didambakan Baginda. Utsman berkata, "Kesulitan pihak Quraisy sendiri adalah kerana mereka telah membuat sumpah. Wakil Quraisy akan membicarakan dengan tuan tentang penyelesaian kesulitan ini."
Berakhir bai'at ini dengan perdamaian dari kaum Quraisy sendiri dan kaum Muslimin di benarkan masuk ke Mekah tanpa sebarang persengketaan mahupun pertumpahan darah.